Jan 30, 2007

fantastic - kajian & data


Aku sedang mengumpul kajian & data mengenai fantastic yg diperkenalkan oleh Tzetan Todorov. Posting ini akan dikemaskini mengikut penambahan rujukan yg aku kumpulkan dr internet & buku2.

sumber: wikipedia
Fantastic is a literary term that describes a quality of other literary genres, and in some cases is used as a genre in and of itself, although in this case it is often conflated with the Supernatural. The term was originated in the structuralist theory of critic Tzvetan Todorov in his work "The Fantastic". He describes the fantastic as being a liminal state of the supernatural. A truly fantastic work is subtle in the working of the feeling, and would leave the reader with a sense of confusion about the work, and whether or not the phenomenon was real or imagined. Todorov compares this with two other ideas: The Supernatural Explained, wherein the phenomenon turns out to have a rational explanation such as in the gothic works of Ann Radcliffe; or the Uncanny, where there truly is a supernatural explanation for the phenomenon.

There is no truly typical "fantastic story", as the term generally discusses works of the horror or gothic genre. But two representative stories might be:

1.Algernon Blackwood's story "The Willows", where two men travelling down the Danube River are beset by an eery feeling of malice and several improbable setbacks in their trip; the question that pervades the story is whether they are falling prey to the wilderness and their own imaginations, or if there really is something horrific out to get them.

2.Edgar Allan Poe's story "The Black Cat", where a murderer is haunted by a black cat; but is it revenge from beyond the grave, or just simply a cat?

There isn't a clear distinction between the Fantastic and Magical Realism, but the latter seems generally to include a higher proportion of non-real elements.

The Fantastic is sometimes erroneously called the Grotesque or Supernatural fiction, because both the Grotesque and the Supernatural contain fantastic elements, yet they are not the same, as the fantastic is based on an ambiguity of those elements.

Examples of writers of Fantastic literature include:
many of Edgar Allan Poe's short works
Nikolai Gogol's "The Nose"
Mikhail Bulgakov
Algernon Blackwood's works
Sheridan Le Fanu's works in "In a Glass Darkly"
Mervyn Peake's Gormenghast series
E.T.A. Hoffmann's works, notably Der Sandmann, "The Golden Flower Pot", and "The Nutcracker and the King of Mice"
Gerard de Nerval's "Aurelia"


More modern and popular examples of fantastic works might include:
1.Miracle on 34th Street, a film in which a man is likely to actually be Santa Claus (which would be supernatural) but that fact is never made certain.
2.K-PAX, a film and a novel where a man claims to be an alien, but, again, that fact is never certain. (It is however made clear in the novel sequels to K-PAX whether or not the character is an alien.)

Rujukan:

Kisah2 benar fantastic di Malaysia. (akan dikemaskini dr masa ke semasa)

Jan 27, 2007

sejarah genre horror (pt.3)

Dlm tahun 1800-an, novel2 klasik horror diadaptasi berkali-kali utk teater & filem di antara yg terawal & terkenal ialah:

1886 - Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde oleh Robert Louis (Balfour) Stevenson


Mac 1923 - Weird Tales edisi pertama telah diterbitkan yg menjadi titik-tolak majalah genre horror bersiri di Amerika.
1927 - Howard Phillips Lovecraft iaitu salah seorg penulis Weird Tales telah menghasilkan buku Supernatural Horror in Literature yg menjadi rujukan horror terkenal sehingga kini.
ref:

Jan 14, 2007

Kuntilanak (Indonesia/2006)


Tagline
Her laugh may be the last thing you will hear!
Ketawa keras (kuat) dia jauh.. ketawa sunyi (bisikan) dia dekat!
Rebiu oleh Ajami Hashim
Kuntilanak (2006) filem seram Indonesia arahan ke-2 Rizal Mantovani selepas Jelangkung (2001). Cerita asal oleh Rizal sendiri dan lakonlayar oleh Ve Handojo. Kuntilanak diedarkan oleh Tayangan Unggul dan mula ditayangkan di pawagam pada 18 Jan 2007 (hari Khamis, mlm Jumaat!). Fanatik filem2 genre seram hantu semestinya sudah arif dgn struktur cerita/naratif pengulangan kisah latar filem sebegini - cliche & predictable! Sekali-sekala muncul filem seram terbaru yg terasa segar dari segi persembahannya dan inilah yg berjaya dilakukan oleh Kuntilanak. Ia berhasil kerana hook ber-acuan-kan what is going to happen next? atau the range of things than can happen next? yg dijalin dgn anyaman sejarah kuntilanak (atau mitos?) yg meyakinkan dan penyuntingan filem terkini ala Korea, Jepun dan Thailand.
Amnya, sesebuah filem seram hanyalah berbeza dari kulit luarannya tetapi masih sama isi struktur cerita/naratifnya - beza tapi sama! Apakah yg aku maksudkan? Dlm buku The Philosophy of Horror (pg. 97-104) oleh Noell Carrol, beliau mensekuenkan 4 fungsi sesebuah karya seram iaitu:
1. onset (mukadimah) - Memperkenalkan subjek seram (kuntilanak) iaitu asal-usul (backstory), pemastian (establish) dan maklumat (exposition). Ada 2 cara pilihan onset iaitu:
a. thriller - khalayak tahu pasal kewujudan & kecelakaan yg bakal dilakukan oleh kuntilanak sebelum watak2 tahu; kita tahu dahulu bahawa kuntilanak & kesannya akan benar2 wujud dlm filem (sah2 tajuknya Kuntilanak!) manakala Sam belum tahu apa yg bakal ditemui di rumah itu.
b. mystery - khalayak & watak2 bergerak serentak; kita tahu atau tidak tahu pasal makhluk pd waktu yg sama dgn watak2; kita & Sam diberikan taklimat oleh Bu Yanti ala2 tourist-guide yg panjang-lebar mengenai peraturan2 rumah & empunya rumah - keluarga besar nigrat Jawa - Mangkujiwo, kisah kuntilanak yg kononnya sekadar mitos, sebuah lagu Jawa menyeru kuntilanak, perihal pokok besar dan etc! (exposition tahap buku sejarah!)
Dari onset, timbul soalan2 iaitu apakah kaitan trauma mimpi2 Sam? apakah sebenarnya kuasa yg merasuk diri Sam? apakah kaitan Sam vs kuntilanak vs rumah vs keluarga vs mimpi? Kuntilanak berjaya meng-hook dgn suspen kerana khalayak sudah mendapat gambaran kasar apa yg bakal ditemui seterusnya dan sesungguhnya kita tahu kesemua mitos itu BENAR!
2. discovery (penemuan) - Kesemua set-up yg diwar2kan dlm onset akan dijawab dgn penemuan2 yg Sam lalui satu-persatu bersama khalayak. Inilah intipati seram filem ini iaitu sekuel Sam tanpa sedar menyeru kuntilanak & visual2 modus-operandi kuntilanak yg menjadi hamba suruhannya (yg juga mencarutkan mulut aku bbp kali tanpa sengaja dgn prktaan b**i!) Dlm btk apa? Korang tengok sendirilah! Penemuan juga diberikan dlm btk sub-plot oleh rakan sekelas Agung yg obses dgn alam mistik siap dgn rujukan buku, lukisan & cerita lisan yg tiada Sam ketahui dimana info ini hanya utk khalayak shj menjadikan kita 1 langkah di depan Sam sbg teknik penceritaan seram extra flavour!
3. confirmation (pengesahan) - Penemuan2 di atas akan diikuti oleh pengesahan juga klimak jawapan penuh 100% kpd soalan2 dr onset & discovery. Watak Sri Sukmarahimi Mangkoedjiwo ialah ensiklopedia kuntilanak seumpama pensyarah tak bertauliah kpd Sam & khalayak utk menghuraikan semua! ya! SEMUA persoalan2 di atas.
4. confrontation (perhitungan akhir) - Ini ialah konklusi kpd persoalan2 di atas? Menang atau kalah? Hidup atau mati? The showdown! The full circle! The payback time! Sam dan khalayak sudah graduate bersama2 dgn cemerlang dimana segala ilmu & misteri kuntilanak sudah dlm kepala hotak Sam & kita! Inilah kesudahan yg dinanti2kan oleh khalayak! Pada pendapat aku, babak2 akhir ini kesemuanya pay-off utk setiap set-up di awal2 cerita. Ia menjawab: Apakah fungsi sebenar batu, gunting & pinggan? Cara bagaimana nak nyanyi lagu Jawa dgn pitching & feel yg betul? Adakah Love Conquers All? (bukan yg satu itu ok!)
Nota:
Yg aku gemar:
~babak Sam kerasukan vs Agung di siang2 buta! ya! waktu SIANG!
~suntingan audio & visual mantap!
~kerja kamera sgt bagus & rajin - e.g. babak simple 'remaja dlm bilik sedang menilik tangan' - punyalah byk2 angle/cuts!
~ini bukan hantu indon yg tipikal mcm Suzzanna: Sundel Bolong 80's series!
Yg aku kurang gemar:
~sub-plot rakan Agung yg sgt pakar dlm alam mistik - tak dipakai di hujung cerita!
~rumah & sekitarnya itu terlalu seram - mustahil! maha mustahil ada org nak sewa!
~kenapa ayah tiri yg jahat itu bukan 1st-list kuntilanak?
Konklusi: Kalau korang peminat filem2 seram, pergi tengok! Lagipun tahun 2007 filem2 seram Melayu dah beratur pjg, maka Kuntilanak sbg pembuka tirai. Aku tak hairan filem ini akan ada sekuel Kuntilanak #2 kerana 'satu dpd empat' masih ada dlm rumah itu! Sam bukan lagi Sam yg naif! Tungguuu!
*konflik cinta Sam vs Agung aku tak ulas coz rebiu ini merujuk struktur cerita seram shj!
*tips dr member blogger yg menonton kuntilanak bersama2 aku: tutup telinga bila babak2 seram utk menyaring keseraman filem yg ditonton!
Trailer

Directed by
Rizal Mantovani

Writing credits
Ve Handojo - screenplay
Rizal Mantovani - story

Cast
Julie Estelle - Sam/Samantha
Evan Sanders - Agung
Ratu Felisha - Dinda
Alice Iskak - Sri Sukmarahimi Mangkoedjiwo
Lita Soewardi - Bu Yanti

Produced by
Rizal Mantovani - executive producer
Wicky V. Olindo - executive producer
Raam Punjabi - producer
Deliana Sasmita - line producer
Adrian Utama - supervising producer

Original Music by
Andi Rianto

Cinematography by
Teguh Uche Santoso

Film Editing by
Adrian Nugraha
Production Companies
MVP Pictures
Distributor for Malaysia

Runtime: 93 min
Budget: IDR 3,500,000,000
Credit:
Ira Fazir Che Ishak - Tayangan Unggul Sdn. Bhd.

Jan 7, 2007

sejarah genre horror (pt.2)

1823 - Richard Brinsley Peake mengadaptasikan Frankenstein pertama kalinya ke play bertajuk Presumption or Fate of Frankenstein

1831 - Giacomo Meyerbeer mengarahkan grand-opera yg pertama bertemakan horror/gothic bertajuk Robert le diable iaitu kisah Robert seorg anak hasil hubungan ibunya dan syaitan!

1847 - Thomas Preskett Prest menghasilkan novel gothic vampire English yg pertama sebyk 220 chapters bertajuk Varney The Vampire or The Feast of Blood

1847 - George W. M. Reynolds menghasilkan novel gothic serigalajadian yg pertama bertajuk Wagner, the Wehr-Wolf

1820-1870 - Blackwood's Edinburgh Magazine telah memperkenalkan cerpen2 gothic oleh:
~ William Mudford
~ Edward Bulwer-Lytton
~ James Hogg
1872 - Joseph Sheridan Le Fanu penulis pertama menghasilkan kisah2 hantu/horror/misteri In a Glass Darkly iaitu antologi 5 cerpen hantu bertajuk Green Tea, The Familiar, Mr. Justice Harbottle, The Room in the Dragon Volant dan Carmilla

ref:
1. The Philosophy of Horror by Noel Carroll (pg. 5-6)
2. The Literary Gothic
3. Horrormasters
4. A Tale of Two Monsters

Jan 4, 2007

Iman (melayu/1954)

Story structure:

Iman (1954) ialah di antara filem genre horror Melayu (dan kacukan dgn genre drama-cinta) yg menjadi acuan kpd filem2 seram Melayu melibatkan agama Islam selepasnya. Filem ini adalah berdasarkan kisah buku Faust by Goethe sebuah kisah klasik bangsa Jerman! Mungkin saya agak terlebih puji utk menyamakan kerja kamera di babak pembukaan filem ini spt Citizen Kane, tapi itulah hakikatnya! Kerja kamera yg menyorot dari jauh pemandangan sebuah perkampungan Melayu dgn v/o bacaan Al-Quran memulakan penceritaan filem ini 'menandakan' bahawa filem ini mengandungi unsur2 keagamaan yg akan dikupas dr segi kepercayaan penganutnya. Babak pertama dimana Pak Guru/Ruzlan menghuraikan takrifan ayat Al-Quran kpd anak muridnya mengenai kisah Iblis yg tidak mahu sujud kpd Nabi Adam AS mengesahkan bahawa filem ini bertemakan 'faith' in Islam & self redemption. Pd pndpt aku, babak itu adalah titik-mula penceritaan dimana persoalan sejauh mana kepercayaan manusia terhdp Tuhan & sejauh mana manusia tunduk kpd Iblis? Persoalan hidup & mati?

Anak murid bertanya kpd Pak Guru/Ruzlan "Adakah Iblis berkuasa?" adalah persoalan pokok yg akan dihuraikan oleh filem ini iaitu sejauh mana 'kuasa' yg dimiliki oleh Iblis boleh menguasai manusia dan akibatnya? Adakah kuasa Iblis mengatasi kuasa Tuhan? Persoalan ini mungkin terlalu sensitif utk penganut agama yg alim/warak krn filem ini akan memperlihatkan di antara 'kuasa' Iblis yg mampu menggoyang iman seseorang manusia. Tetapi dialog oleh Pak Guru/Ruzlan "Tuhan lebih lagi berkuasa dr segala makhluk yg dijadikanNya" sudahpun memberikan hint kesudahan filem ini. Pandai!

Sememangnya babak pertama ini sarat dgn tema dan plot utama filem ini yg akan diceritakan di sepanjang cerita Iman. Filem ini bercerita melalui komunikasi di antara mentor (Iblis) dan protege (Tok Guru/Ruzlan). Bersedialah apabila Tok Guru/Ruzlan sendiri bermonolog "Aku sendiri ingin melihat Iblis"! Dialog ini yg membuat aku meremang bulu roma! Hihihi!

Penceritaan filem ini kadangkala spt menonton persembahan teater dimana ada babak2 dialog terhadap watak lain yg 'sebenarnya' monolog/bercakap secara terus kpd penonton. Cuma wardrobe Iblis mcm Batman+Bugs Bunny lah pulak! Aku kagum dgn teknik special effect melalui suntingan (post-production) spt backward camera footage semasa 'mencantumkan semula cawan yg pecah'! Filem ini juga ada byk babak magic or miracle kuasa Iblis misalnya morphing (disolve effect) Pak Guru dr seorg tua ke muda dan aksi 'terbang' mcm Crouching Tiger Hidden Dragon atau badan terapung kerasukan mcm The Exorcist atau penjelmaan sebuah kenderaan mcm kereta Santa Claus! Actually aku nak ketawa but ini filem 1954 ok! Idea depa dah advance walaupun takde CGI lagi! Semuanya melalui suntingan yg convincing utk penonton wayang di tahun 50an!

Oleh kerana filem ini berlatarbelakangkan zaman purbawara ala2 era Hang Tuah, maka 'hiburan' yg ditonjolkan ialah keraian majlis tarian zapin, joget & pencak silat BUKAN disco atau pub atau Dataran Merdeka ya! Mmm, asyik plak aku layan tiga buah lagu zapin/joget masa babak tu! Spt filem2 hindi, lagu zapin/joget yg dinyanyikan berisi dgn lirik berpantun 'nasihat' yg related dgn filem ini. Kalau pejuang etika Melayu tengok babak ni mesti diaorg 'marah' coz relatekan zapin/silat sbg 'hiburan lalai' promosi dr Iblis! Hihihi.
Subtext juga digunakan melalui 'sebuah kotak berisi barang kemas' yg diberikan oleh Ruzlan kpd Hamimah sbg 'pemberian cinta' atau 'pujukan nafsu' yg halus. Aksi Ruzlan memasuki bilik Hamimah melalui tingkap ala2 Romeo & Juliet pulak! Diikuti oleh babak2 nyanyian berduet yg mendayu-dayu & exegerate menunjukkan 'cinta terlarang' mereka berdua. Tuduh-menuduh kecurian bunga Bibah & jala Haron ialah subtext pertelagahan gender perempuan vs lelaki, authority vs org kg. Insiden kecurian & kehilangan Hamimah menunjukkan huru-hara yg diakibatkan oleh Iblis & kemelut masyarakat yg terlalu 'selesa' dgn kurniaan Tuhan menjadi havoc apabila diuji olehNya. Tetapi oleh krn manusia diberikan akal fikiran, maka Iblis juga boleh ditewaskan dgn kekuatan iman. Mungkin ini salah satu moral of the story dr filem ini.


Filem ini juga mengangkat mitos2 gelap dlm masyarakat Melayu misalnya fenomena kerasukan, sampuk , pukau, ilmu kedukunan & legenda org bunian. Yg uniknya, dlm filem ini ‘pukau’ yg digunakan oleh Ruzlan terhadap Hamimah ialah melalui sebuah ‘lagu’ yg mendayu2 ajaran si Iblis berbunyi “Mariiilah adinda aaa.. aaa.. usah dinda bimbang hati, gelisah & menanti-nanti..” Mungkin ianya spt simbolik ‘ilmu pengasih’ agaknya.

Pregnancy Hamimah memberikan hint yg menakutkan krn tidak terbayang bagaimana bayi luar nikah yg akan dilahirkan krn ‘bapanya’ adalah Iblis’s follower! Adakah dia akan lahir spt Damien 666 (The Omen)? Plot ‘mengumpat’ satu kg mengenai kehamilan Hamimah terlalu cliché masyarakat Melayu. Bersedialah juga dgn babak gore apabila Husin ‘membuang’ bayi tersebut. How? Korang kena tengok sendiri!

Klimak filem ini berunsur dakwah dimana ‘baik’ mengalahkan ‘jahat’ dgn kekuatan iman seseorg manusia melalui babak yg seakan cerita alien War of The World pulak dgn laser beam dr langit! Believe me! Cuma aku tak terima kebodohan Ketua Kg yg menjatuhkan hukuman hudud yg dikenakan kpd Hamimah krn definitely kesnya adalah tidak jelas dr segi kesahihan dosa zinanya yg dilakukan di bwh influence Iblis/pukau? Hello! Mahkamah Syariah mesti marah tgk babak itu! Kesimpulannya, Iman boleh dikategorikan sbg sebuah filem horror klasik Melayu yg menjadi rujukan filem2 horror selepasnya dr segi special effect. Cuma aku kasi amaran yg babak terakhir filem ini mungkin mengecewakan korang krn unsur ‘penipuan’ tahap maksima! Kah! Kah! Kah!

Perwatakan:

Pak Guru/Ruzlan (Ahmad Mahmud) - watak protagonist/protege secara simbolik/falsafah seorg alim/warak yg diuji iman/faith-nya terhadap Tuhan iaitu persoalan pokok mengenai 'pilihan' dari kuasa selain Tuhan yg berkaitan pilihan hidup/ajal, tua/muda, susah/senang, miskin/kaya, duniawi/akhirat? Yg semuanya 'diberikan' oleh Iblis (Haji Mahadi) dgn syarat rule#1: Pak Guru/Ruzlan MESTI MEMBELAKANGKAN Tuhan melalui perjanjian warkah yg ditandatangi dgn darah & rule#2: JANGAN SEKALI-KALI menyebut nama Allah! Boleh? Scary or funny or cliche?

Iblis (Haji Mahadi) - watak gore antagonist/mentor 'kejahatan' 'evil' 'devil' 'demon' 'syaitan' etc yg menjadi tunggak filem ini (mmm, aku pon dah keliru siapa sebenarnya protagonist/antagonist filem ni?) Kalau dilihat dr segi character arc, Iblis ditunjukkan sbg suatu kuasa yg hampir perfect tetapi ada flaws di akhir cerita krn kuasanya masih kekal sejak azali sbg 'kurang' dr kuasa Tuhan. Iblis adalah 'cermin terbalik' kpd ketuhanan dimana semua ajaran Iblis adalah ajaran yg bertentangan dgn agama. Agaknya beliaulah rujukan 'frankenstein Melayu'! dan lakonan berani mati seorg 'haji' sbg 'iblis'! Fuyoo!

Hamimah (Sa'adiah) - watak antagonist/sub-character seorg 'tunang org' yg naif & terperangkap dlm situasi adat 'kemelayuan' dan 'suruhan agama' yg utuh.

Husin (A.Rahim) – watak tempelan tipikal anak org kaya yg menidakkan status maruah keluarga yg tercemar krn adiknya Hamimah mengandung luar nikah.

Awang (Aziz Satar) – watak tempelan tipikal org miskin yg menyalahkan masyarakat krn dihina.

Haron (Mohamad Hamid) & Bibah (Mariani) - simbolik percintaan yg suci sesama manusia yg dianggap oleh Iblis sbg 'kolot'.

Ketua Kg (Mustarjo) – watak authority yg begitu cliché filem2 Melayu; sentiasa betul, betul dan betul walaupun kadangkala pendapatnya tidak betul.
Bapa Hamimah (Malik Sutan Muda) & Ibu Hamimah (Neng Yatimah) - ibubapa yg 'percaya' kpd alam mistik & menjadi mangsa keadaan.
Produksi:

Penerbit:
RUN RUN SHAW & Malay Film Productions Ltd.

Pelakon Utama:
Ahmad Mahmood
Sa'adiah
Haji Mahadi

Pelakon Pembantu:
Neng Yatimah
Mariani
Mohamad Hamid
Malik Sutan Muda
Aziz Satar
Mustarjo
A.Rahim

Sutradara:
K.R.S.Sastry

Pen.Sutradara:
H.M.Rohaizad

Cherita saringan dari:
Faust by Goethe

Susunan & Screenplay:
K.R.S.Sastry

Senikata:
H.M.Rohaizad

Gurindam:
S.Sudarmaji

Juru Gambar:
N.B.Vasudev
& Koh Jee Soon

Pen. Juru Gambar:
K.M.Thomas
& S.Jumari

Juru Suara:
Tan Soo Yam

Pen. Juru Suara:
Yew Song Tee

Pelukis Pemandangan:
J.S.Anthony

Pen. Pelukis Pemandangan:
Rasul Hashim

Laboratory:
V.Radhakrishnan

Pen. Laboratory:
Wong Hong Peng

Penyunting Film:
H.R.Narayana
& Wong Fun

Pen. Penyunting Film:
Lim Yew Hai

Lagu2:
Yusof B.

Tarian:
Edith Costillo

Zapin:
Aziz Satar

Silat:
Rahman Bakar
& Rahim Bakar

Penggambaran Istimiwa oleh:
N.B.Vasudev

Pengulas pjg-lebar:
ajami hashim

sejarah genre horror (pt.1)

from the intertitles of The Cabinet of Dr. Caligari (1920)

horror dianggap sbg satu genre moden yg dipercayai mula digunapakai dlm abad ke-18 menerusi penerbitan novel English Gothic, novel German Schauer-roman dan novel French roman noir


novel yg dianggap sbg 'bapa novel gothic' ialah The Castle of Otranto (1764) karya Horace Walpole


korang nak tau makna perkataan2 berikut? just click the word & dptkan ilmu dr website tu!














kemunculan demon & 'penyiksaan' ngeri seorg priest di penghujung novel The Monk karya Matthew Lewis dianggap sbg the real harbinger of the horror genre!


other major achievements in this period of the development in the genre include:





korang jgn pening kpla baca ringkasan sejarah asal-usul genre horror kat atas tu! anggaplah ia sbg bacaan ringan mcm baca buku sejarah darjah-1 oke!


ref:


Jan 3, 2007

HORRORISMA?

wahh! arinih aku dah create 1 lagi blog tribute utk fadz, spiral & ironboard19 yg sgt obses dgn horror films! dan jugak coz hobi terbaru aku iaitu utk ' mendalami' dunia horror films yg kononnya aku nak tulis skrip ke-2 aku dlm genre ini! mmm, sbg mukadimah aku akan mengulas buku The Philosophy of Horror utk memahami akar-umbinya? blog ini juga akan cuba merebiu filem2 yg aku dpt cari kat kedai atau e-bay dr segi scriptwriting & story structure nya. aku tau aku masih jauh ketinggalan dr diaorg yg dah lama 'berkecimpung' dlm rebiu filem2 sebegini. btw wadafak lah kan?

"horror as a category of ordinary language, is a serviceable concept through which we communicate and receive information. it is not an obscure notion. we manage to use it with a great deal of consensus; note how rarely one has cause to dispute the sorting of items under the rubric of horror in your local video store?" ~ Noel Carroll

Dorm (Thai/2006)

recycled posting from bicaraskrip

*rebiu ini mengandungi SPOILER TAHAP MAKSIMA! jangan baca habis sekiranya anda belum menonton 'Dorm'!

DORM atau DEK HOR (skrip/arahan Songyos Sugmakanan) ialah sebuah filem Thailand yg menggabungkan genre 'seram' dan 'drama' (coming-of-age) spt yg dihasilkan oleh beberapa filem Hollywood. fyi, utk menulis posting ini, saya telah menonton 3 buah filem selain Dorm iaitu The Exorcism of Emily Rose, The Sixth Sense dan Stand by Me.

saya dapati bahawa The Exorcism.. adalah gabungan genre 'seram' dan 'drama' juga tetapi dlm bentuk yg berulang2/berganti2 tetapi Dorm memisahkan kedua-dua genre di pertengahan cerita dpd 'seram' (spt The Sixth Sense) kpd 'drama' (spt Stand By Me).

adakah Dorm berjaya dlm penceritaannya? anda saksikanlah sendiri di ASTRO-PRIMA pd 1-Jan-07 @5pm (pls check astro-mag utk repeat tx) atau belilah vcd/dvd di kedai2 berdekatan! dan beritahu saya apa pendpt anda? saya tidak akan mendekati Dorm dari sinopsis atau rebiu kebagusan para pelakon atau pembikinnya, (sila rujuk rebiu2 yg bagus dr internet) TETAPI saya akan mengupasnya dari sudut penulisan skrip yg bercerita dgn penggunaan 'SET-UP' & 'PAY-OFF' yg berulang-ulang di sepanjang cerita.

MAIN-PLOT:
Kisah ups/downs persahabatan Chatree vs Vichien (coming of age)

SUB-PLOTS:
1. Misteri kematian Vichien & kewujudan hantu Vichien
2. Konflik Chatree vs ayah
3. Konflik trauma Cikgu Pranee
4. Konflik Chatree vs kawan2nya
5. Konflik Cikgu Pranee vs Chatree/Vichien
6. Konflik Dr.Nui dgn kisah silam 'hantu' nya
7. Persahatan kumpulan Peng

s/u = set-up
p/o = pay-off

***
s/u: kenapa Chatree 'membenci' Pen/org gaji di rumahnya?
p/o: krn Pen ada hubungan sulit dgn ayahnya
***

s/u: Chatree 'tidak percaya' jika mahukan impian
menjadi kenyataan, dia mesti menahan nafas & berdoa
semasa menyeberangi Sg. Bangpakong
p/o: Chatree 'percaya' di akhir cerita
***
s/u: kenapa Chatree seakan 'membenci' ayahnya?
p/o (palsu): krn menghantarnya ke sekolah asrama
sbg 'hukuman' krn menonton tv berlebihan &
'melihat' perlakuaan sumbang ayahnya dgn Pen
(tetapi ini adalah jangkaan awal oleh Chatree yg
terbukti tidak benar)
p/o (benar): krn ayahnya mahu Chatree meningkatkan
prestasi pelajarannya BUKAN krn 'hukuman' (rujuk pic atas)
***
s/u: apakah yg dilihat oleh Cikgu Pranee dlm laci?
(McGuffin di awal cerita)
p/o: suratkhabar!
***

s/u: apakah kaitan broken-record dgn trauma Cikgu Pranee?
p/o: Vichien 'terlanggar' record itu
***

s/u: apakah benar katil kepunyaan Vichien yg
digunakan oleh Chatree? p/o: yes! krn di bwh katil ada tertulis nama
'Vichien' & Vichien tidur dlm tandas
***

s/u: kenapakah anjing menyalak beramai-ramai?
p/o: krn Vichien menjadi co-ordinatornya!
***

s/u: Vichien hendak meminjam 'game' kepunyaan Chatree
p/o: Chatree meminjamkan/mengajar 'game' itu kpd
Vichien
***

s/u: pintu 'tertutup' sendiri?
p/o: Vichien yg menutupnya!
***

INCITING INCIDENT!/MAJOR TURNING POINT! >> pertukaran genre 'seram' kpd 'drama' (twist & turn @ plot point)
s/u: utk mengelakkan hantu 'nampak' manusia >>
tahanlah nafas!
p/o: sekiranya Vichien 'tidak nampak' manusia
>> dia adalah hantu!
***

s/u: bagaimana Vichien mati?
p/o: tidak sengaja 'lemas' (kakinya cramp semasa pura2 'lemas')
***

s/u: kenapa Vichien 'hilang' semasa Chatree sedang
kencing?
p/o: kerana jam sudah pukul 6pm!
***

s/u: kenapa Cikgu Pranee 'memukul' Chatree
sebegitu?
p/o: krn Cikgu Pranee 'dihantui' oleh insiden
Vichien (maka dia 'memukul' dgn cara yg sama)
***
s/u: apakah kaitan pukul 6pm dgn Vichien?
p/o: Vichien 'mati lemas' exactly pd pukul 6pm!
***

s/u: apakah kaitan suratkhabar kepunyaan Vichien?
p/o: 'punca' Vichien menceroboh bilik Cikgu
Pranee/salahfaham Cikgu Pranee kpd Vichien

***
s/u: ayah 'berikan' hadiah utk Chatree (subtext)
p/o: Chatree 'menerimanya' (terima semula ayah)
***
s/u: menghidu ether boleh 'memisahkan' roh dr jasad

p/o: Chatree mesti menghidu ether utk 'membantu' Vichien dlm alam roh
***

notes:

1. pjg rambut Chatree tidak sekata di sepnjng filem > hayoo! aku rasa nak sekeh sapa yg jaga conti filem nih!

2. Vinchien sebenarnya 'muncul' di 9+ minit di awal cerita!

3. establising shot jam 6pm sebyk 4 kali!

4. ayah Chatree menelefon Chatree sebyk 4 kali!

5. ayah & ibu Chatree memakai wig yg kelakar!

6. 1 dpd 4 'cerita hantu' oleh kwn2 Chatree yg dipaparkan adalah flashback sebenar!


7. klu yg Vichien a/h hantu:

i. nombor pelajar yg terjahit di baju Vichien ialah '15620' sedangkan di baju Chatree ialah '20623' juga di baju rakan2nya '18955' '19013' '19250' dan '19522' >> Vichien adalah pelajar 'lama' lebih dari 10 tahun!

ii. Vichien menasihati Chatree bahawa sepasang seluar mandi sudah mencukupi krn jika ada 2 psg, satu dpdnya akan berkulat! bermakna Vichien mempunyai sepasang seluar mandi TETAPI kenapa seluar itu BERKULAT? >> krn Vichien TIDAK PERNAH menggunakannya lagi!

iii. dialogue: "Vichien 'tahu segalanya' Chumchong!" >> krn dia sudah 'lama' tinggal di situ!


8. Chatree hendak 'terkencing' di waktu tgh mlm sebyk 2 kali!


9. memorable dialogues:

i. Vichien: kau kata tiada siapa pedulikan pasal kau! bagaimana dgn diri kau? adakah kau pedulikan orang lain kecuali diri kau? (kpd Chatree)

ii. Dr.Nui: apa yg peliknya? aku selalu bercakap dengan diriku sendiri! (merujuk Chatree yg 'bercakap' dgn hantu Vichien)


10. memorable scenes: (part2 airmataku leleh sendiri!)

i. Chatree makan malam sambil menangis
ii. Vichien sbg ketua orchestra!
iii. montage Chatree sendirian selepas Vichien 'hilang'/ayahnya datang melawat
iv. Chatree confronting Vichien dlm bilik mandi
v. Chatree melihat Vichien dlm tandas
vi. Vichien 'tinggalkan' Chatree
vii. Chatree confronting Cikgu Pranee
viii. Chatree accepting ayahnya (subtext through dialogue "sekarang saya dah sukakan sekolah ini")

11. pembukaan/penutup cerita dgn voice-over Chatree

***
saya masih mencari subtext/function/jawapan babak2 berikut, pls tell me WHY? WHAT? HOW?

a. apakah subtext/function babak 'menangkap angsa'?
b. bagaimana Chatree 'mengetahui' Vichien adalah hantu? sedangkan babak di padang wayang pacak dilihat dr 'point-of-view' Vichien BUKAN Chatree?

***

lirik lagu dr record Cikgu Pranee:

"hati boleh jatuh cinta, walaupun kita berjauhan, aku masih boleh merasai hatimu, dalam dakapanku, kita pernah saling mencintai (selepas broken-record)...begitu jauh sekali, tapi begitu dekat di hatiku, tiada siapa yg dpt hampir dgn hatiku, kau menyinari hidupku, spt berlian yg bersinar, ciumanmu sungguh manis"

***



***
p/s: fyi, lampu meja aku tiba2 'terpadam' rosak semasa aku menaip posting nih exactly semasa aku preview babak 'tayangan wayang pacak' vcd Dorm ini! mmm, funny or scary?