Jan 1, 2009

The Blair Witch Project ~ filem murah yang mencarut!


Aku beli vcd filem ni kat Speedy petang semalam konon nak sambut new year 2009 kat rumah bersama isteriku dengan menonton filem seram yang paling murah pembikinannya tapi sangat laku katanyaa! Ok! Aku mengaku masa filem ni keluar panggung dulu aku tak tengok cuma beli vcd haram (tahun 2000 mana ada dvd lanun lagi kan? hahaha!) Sebenarnya dulu aku dah tonton sekerat jalan tapi memandangkan kualiti vcd haram tu macam haramjadah sebab ia cinema-copy siap nampak kepala orang dan aksi jerit-jerit dalam panggung yang aku meluat. Maka aku pendamkan hasrat untuk menontonnya secara total sampai ke sudah! Baiklah! Cukup sekadar flashback aku yang tak berapa penting itu memandangkan ini rebiu terkini aku di blog ini yang dah 2 tahun aku peram kat internet! Hahaha!

TBWP bagi aku adalah sebuah filem seram murah yang mencarut genre seram itu sendiri. Aku tak faham kenapa ia boleh jadi hits dulu di seluruh dunia? Paling aku nak carut ialah watak Heather yang macam sial asyik-asyik membebel macam mak-nenek gersang masa ambil gambar. Bagi aku ia sangat disengajakan untuk memberikan exposition apa yang berlaku kerana filem ini tiada sudut tangkapan jauh kamera dan sebagainya dimana ia bergantung sepenuhnya kepada 2 buah kamera sahaja. Lagipun filem ini tiada soundtrack, maka suara mulut lancang Heather diperlukan sebagai guide kepada penonton dan muzik tak diundang. Tapi lama-kelamaan suara Heather macam suara langau lahanat sebab aku rasakan ada ketikanya dia macam tak perlu cakap apa-apa tapi masih membebel bla bla bla.. Masa tu aku rasa kalaulah aku ni si Blair Witch maka dialah orang pertama yang aku blender untuk dibuat serunding!

Watak Mike yang rasanya paling cool. Awalnya dia macam budak kecik manja dan lembik nak kena tampar sebab asyik merengek nak balik. Tapi lama-kelamaan watak Mike makin menarik kerana tiba-tiba dia jadi macam psiko. Ada satu babak dimana dia hanya duduk diam dan momen itu sangat menarik kerana aku rasa orang yang macam dia ni kalau meletup mahu agaknya dia hentak Heather itu dengan kamera! Memang aku tepuk tangan bila Mike mengaku bahawa dialah yang buang peta! Padan muka Heather!

Watak Josh pula macam blur dan tempelan sahaja. Padanlah dia yang diculik oleh Blair Witch bersama kanak-kanak halimunan itu! Agaknya watak dia tak penting sangat kot! Tapi aku rasa nak carut lagi sekali TBWP kerana plot kehilangan Josh tidak ditunjukkan konon masa semua orang tengah tidur jadi Heather sundal tu tak sempat nak rakam. Tup-tup esok pagi tadaaa! Josh dah hilang! Tapi suara off-screen Josh tu memanglah agak mengerikan tapi masih tahap meluat kerana langsung tiada kelibat Balir Witch barang sekalipun. Yalah kan filem murah ni gunakan idea 'what they see is what you get' sahaja! Benci betul aku!

Kelemahan paling ketara TBWP ialah ketidaklogikan bateri kamera yang tak habis-habis? Juga penggunaan peta yang memang tak boleh pakai pun kalau dah sesat dalam hutan kan? Lainlah ada landmark batu tanda 50KM ke jalanraya atau ke Teluk Intan misalnya ada dalam hutan tu yang juga ada dalam peta. Selalunya kalau dah sesat cuma gunakan kompas atau ikut arah matahari terbit/terbenam cara manual sahaja yang perlu. Jadi plot Heather mengamuk sakan sebab kehilangan peta tu tak perlu ok! Sekarang baru aku perasan bahawa plot TBWP diciplak oleh filem Kuntilanak 3 (Indonesia) dimana plot yang hampir sama iaitu penemuan lokasi tempat pemujaan Blair Witch yang penuh dengan tanda-tanda kayu yang berbagai tanda ikatan sebagai simbol/logo satanic. Penemuan rumah tinggal pusaka dan puaka milik Blair Witch tu aku suka. Juga bila Heather dan Mike membuka ikatan seberkas kayu selepas kehilangan Josh dimana dalam tu ada benda berdarah.. eh! tu gigi atau jari ekkk?

Kesimpulannya TBWP ialah sebuah filem yang nampak sangat dibuat-buat! Serius! Aku dengki dengan filem ini kerana sebenarnya ia sangat murah (memang murah pun) tapi laku giler dan kerana ia telah mencarut intelektual aku! p*****k betul!

Rating aku: 2/5

15 comments:

fadz said...

there is sooo many things u didnt get from this movie.. bayangkan "fantastical" dalam terma dokumentari? Peta tu serius mmg aku tak terima.. ya, bateri tu mungkin satu prob, but its way much make sense than Cloverfield yg tak padam2!!

Ajami Hashim said...

yap! aku tengok kulitnya ajer! malas nak go into deep sampai ke tulang sum2 blablabla.. for me, it's sucks tapi hype yg berjaya! lalala!

eh! bagi link rebiu kau psl TBWP boleh?

Miss Brat said...

ajami, ur review membantu I menulis REEL dengan lebih baik lagi sebab its about group of student yang bawak camera jugak, kena buat diaorang charge battery kat pokok nihhh hehehe

btw, nape u tak comment my REEL ek? sedihhh :(

Edd Vedder said...

filem ni berjaya dulu sbb viral marketing yang sangat excellent. Di zaman tak ada youtube, filem ni muncul out of nowhere in the internet.. membawa cerita bohong, yg mengatakan ianya benar. Everybody was so hype about it, sbb tu ianya laku gila.

..mmg kalau ko tgk sekarang, kau akan jumpa benda2 yang membuat kau rasa filem ni ada sedikit 'potong'. Mungkin feelnya dah hilang, dan kita melalui banyak sangat perubahan dlm genre horror since this movie, membuatkan ia nampak biasa.

BTW, thanks for the invite untuk 'Maut'. Sorry x dapat pergi.. tapi aku berazam untuk pergi tonton lebih banyak undangan screening filem malaysia tahun ini. Dan nak cari balik semangat untuk menulis...

..kalau boleh. *larikk*

spiral said...

Ajami, selamat kembali dengan horrorisma. Dan ambik nota apa yg Edd cakap tu.

Tambah sikit lagi, waktu itu (1999), horror agak sedikit gersang walaupun ada Green Mile, Sleepy Hollow, Sixth Sense (yang menenggelamkan Stir of Echoes) dan paling utama pengaruh besar filem2 blockbuster mainstream : Matrix, Fight Club, American Beauty, Star Wars Phantom Menace dll. Kau bayangkan production house besar Hollywood yg dah peruntuk puluh-ratus juta utk filem2 tu semua tiba-tiba BWP yang low-budget tu jugak jadi buah mulut orang, lagi2 di revered & dijulang pengkritik (ultimately, banyak non-horror critics yg julang sama, bukan setakat notable horror-critics ie. BDisgusting, Slasherpool, Horrorreview.com etc dan hampir 90% horror website kasi positif review).

Satu masalahnya, filem ni dalam konteks originaliti (plot) memang ya malah kita kata 'breakthrough', tetapi pembikinnya dikecam sebab nafi & tak creditkan ref besar nama Deodato utk Cannibal Holocaust.

Iron Board said...

".. tapi aku berazam untuk pergi tonton lebih banyak undangan screening filem malaysia tahun ini." - hopefully dpt la aku jumpa kau utk preview 2009 ni.

welcome back horrorisme!!!

fadz said...

Spiral dah terangkan, still ada beberapa babak yg power dlm filem ni yg mmg, masa tu aku tonton dlm wayang tetap ada kuasa gerun.. gerun dia bukan gerun terkejut, tapi "slips into ur skin".. inilah gerun yg paling susah pengarah seram nak buat..

jhebat said...

ajami, cuba berkhemah sorang-sorang 2-3 hari dalam hutan dan fikirkan filem ni. kalau ada rumah terbengkalai tengah hutan pun ok jugak ;-)

anas afrohead said...

aku suka elemen saspen dlm filem ni.
mungkin sbb aku bukan bijak pandai filem agaknya.
huhu

The Amateurish Writer said...

Movie tu bagus at the time... although Heather tu mmg cam p*****t dan aku suka sgt masa last bila dia akhirnya senyap...

Tapi movie ni best sbb, bak kata fadz, it crawls under your skin with the suspense... we never got to see the witch terrorizing the three students, and that is scarier than an actual ghost popping into the frame...

fairuz said...

WEI BODOH MAK KAU..TGK CITER PUN X PAHAM..APE LA YG KO MEMBEBEL NI..DAH HUTAN DIORANG XDE PAPAN TANDA 50KM KE..NK WAT MCMANA..PETA DIA KAN DAH HILANG..LAGI SATU DIA MEMBEBEL SEBAB DIA RAKAM SEMUA TU UNTUK DOKUMENTARI KOLEJ DIORANG SO DIA KENA XPLAIN SENDIRI LA..BODOH LAGI MAK KAU..(LAGI SKALI) NI LE MELAYU DENGKI X ABIH2..NAMA PON CITER...PE LA ANAK KO BODOH SGT..HUH SILAP KUTUK LAK..HAHAHAHA

ANULUS said...

salam sejahtera. Siapakah itu yg berani menggunakan nama saya (FAIRUZ- www.jangantegur.com), yang sengaja mencarut-carut di sini? -'FAIRUZ' YG SEBENAR-

A.Rashid said...

saya rasa pandangan anda tentang cerita ni kurang memuaskan krna tempat diorang besar.negaranya luas dan terdapat hutan yang sangat luas.boleh jadi mreka sesat dan tdak jumpa jalan pulang.saya nasihatkan supaya ubah sedikit tulisan tentang BWP ini untuk mengelakkan terus di maki hamun mereka dari golongan bijak pandai.

Baby^Rin said...

myB u all sombong kot dengan orang sampai ada yang maki hamun ni..

ANULUS said...

tapi pendapat saya pun citer ni boleh diketegori bagus sebab zaman tu mana ada industri perfileman kat dunia ni nak wat idea macam tu? jauh sekali malaysia. Kira diorang ni sukses jugaklah time tu timbul idea buat konsep mcm ni. Sori bro ajami, lari support sket ;)

Baby^Rin: tak tahu nak ckp.maybe jugak sebab kadang2 kita tak sedar tingkahlaku kita terhadap orang lain.
-'FAIRUZ' YG SEBENAR-