Jan 1, 2009

The Blair Witch Project ~ filem murah yang mencarut!


Aku beli vcd filem ni kat Speedy petang semalam konon nak sambut new year 2009 kat rumah bersama isteriku dengan menonton filem seram yang paling murah pembikinannya tapi sangat laku katanyaa! Ok! Aku mengaku masa filem ni keluar panggung dulu aku tak tengok cuma beli vcd haram (tahun 2000 mana ada dvd lanun lagi kan? hahaha!) Sebenarnya dulu aku dah tonton sekerat jalan tapi memandangkan kualiti vcd haram tu macam haramjadah sebab ia cinema-copy siap nampak kepala orang dan aksi jerit-jerit dalam panggung yang aku meluat. Maka aku pendamkan hasrat untuk menontonnya secara total sampai ke sudah! Baiklah! Cukup sekadar flashback aku yang tak berapa penting itu memandangkan ini rebiu terkini aku di blog ini yang dah 2 tahun aku peram kat internet! Hahaha!

TBWP bagi aku adalah sebuah filem seram murah yang mencarut genre seram itu sendiri. Aku tak faham kenapa ia boleh jadi hits dulu di seluruh dunia? Paling aku nak carut ialah watak Heather yang macam sial asyik-asyik membebel macam mak-nenek gersang masa ambil gambar. Bagi aku ia sangat disengajakan untuk memberikan exposition apa yang berlaku kerana filem ini tiada sudut tangkapan jauh kamera dan sebagainya dimana ia bergantung sepenuhnya kepada 2 buah kamera sahaja. Lagipun filem ini tiada soundtrack, maka suara mulut lancang Heather diperlukan sebagai guide kepada penonton dan muzik tak diundang. Tapi lama-kelamaan suara Heather macam suara langau lahanat sebab aku rasakan ada ketikanya dia macam tak perlu cakap apa-apa tapi masih membebel bla bla bla.. Masa tu aku rasa kalaulah aku ni si Blair Witch maka dialah orang pertama yang aku blender untuk dibuat serunding!

Watak Mike yang rasanya paling cool. Awalnya dia macam budak kecik manja dan lembik nak kena tampar sebab asyik merengek nak balik. Tapi lama-kelamaan watak Mike makin menarik kerana tiba-tiba dia jadi macam psiko. Ada satu babak dimana dia hanya duduk diam dan momen itu sangat menarik kerana aku rasa orang yang macam dia ni kalau meletup mahu agaknya dia hentak Heather itu dengan kamera! Memang aku tepuk tangan bila Mike mengaku bahawa dialah yang buang peta! Padan muka Heather!

Watak Josh pula macam blur dan tempelan sahaja. Padanlah dia yang diculik oleh Blair Witch bersama kanak-kanak halimunan itu! Agaknya watak dia tak penting sangat kot! Tapi aku rasa nak carut lagi sekali TBWP kerana plot kehilangan Josh tidak ditunjukkan konon masa semua orang tengah tidur jadi Heather sundal tu tak sempat nak rakam. Tup-tup esok pagi tadaaa! Josh dah hilang! Tapi suara off-screen Josh tu memanglah agak mengerikan tapi masih tahap meluat kerana langsung tiada kelibat Balir Witch barang sekalipun. Yalah kan filem murah ni gunakan idea 'what they see is what you get' sahaja! Benci betul aku!

Kelemahan paling ketara TBWP ialah ketidaklogikan bateri kamera yang tak habis-habis? Juga penggunaan peta yang memang tak boleh pakai pun kalau dah sesat dalam hutan kan? Lainlah ada landmark batu tanda 50KM ke jalanraya atau ke Teluk Intan misalnya ada dalam hutan tu yang juga ada dalam peta. Selalunya kalau dah sesat cuma gunakan kompas atau ikut arah matahari terbit/terbenam cara manual sahaja yang perlu. Jadi plot Heather mengamuk sakan sebab kehilangan peta tu tak perlu ok! Sekarang baru aku perasan bahawa plot TBWP diciplak oleh filem Kuntilanak 3 (Indonesia) dimana plot yang hampir sama iaitu penemuan lokasi tempat pemujaan Blair Witch yang penuh dengan tanda-tanda kayu yang berbagai tanda ikatan sebagai simbol/logo satanic. Penemuan rumah tinggal pusaka dan puaka milik Blair Witch tu aku suka. Juga bila Heather dan Mike membuka ikatan seberkas kayu selepas kehilangan Josh dimana dalam tu ada benda berdarah.. eh! tu gigi atau jari ekkk?

Kesimpulannya TBWP ialah sebuah filem yang nampak sangat dibuat-buat! Serius! Aku dengki dengan filem ini kerana sebenarnya ia sangat murah (memang murah pun) tapi laku giler dan kerana ia telah mencarut intelektual aku! p*****k betul!

Rating aku: 2/5