Kisah ni berlaku di kawasan Bukit Abu Merah - kat sinilah orang selalu lalu untuk jungle tracking dan katanya pernah nampak dan jumpa macam-macam benda pelik.
Ada penduduk di kawasan berdekatan pernah cerita - ada sebuah rumah besar milik sebuah keluarga kaya yang terletak bahagian atas sekali yang menuju sampai jalan mati. Mungkin benda-benda pelik tu berkaitan dengan rumah itu atau sekadar fitnah sahaja, entahlah.
Khabarnya memang pernah ada orang hilang bila merayau naik ke kawasan berdekatan rumah tu. Tapi tak pernah pula saya terbaca di mana-mana akhbar pasal laporan orang hilang? Jadi hipotesis dari kumpulan kami Seram Seekers menyimpulkan bahawa kawasan di sekitar Bukit Abu Merah ialah tempat laluan atau pintu kaum Bunian atau makhluk halus. Sebab itulah tempat tu keras sampai ada orang hilang. Agaknyalah.
Ok kembali pasal cerita saya. Masa tu saya tengah rehat sekejap sebelum sambung memandu. Masa tu saya naik kereta dengan adik dan kawan saya. Kami rehat di kedai makan tak jauh dari kampung Pakcik saya. Tiba-tiba terkeluar idea nak naik ambil gambar di kawasan Bukit Abu Merah tu.
Jadi disebabkan ini kali pertama kita orang nak ke situ, saya pun telefon Pakcik saya, suruh dia jadi tour-guide kita orang. Dia cakap memang dia tak ada apa-apa plan masa tu dan dia akan datang bawa kereta 4WD dia - jumpa kat kedai tu. Kereta kami boleh parking di tepi kedai.
Jadi kami pun berjanji untuk jumpa dalam pukul 6 petang. Pakcik saya datang bawa bekalan makanan dan air minum.
Nak naik ke Bukit Abu Merah ni ada 2 jalan masuk – satu yang ada jalan tanah merah dan satu lagi jalan bertar tapi dah pecah-pecah sebab lori balak selalu lalu naik ikut jalan itu dan sebok. Jadi Pakcik saya bawa ikut jalan tanah merah sebab tak akan bertembung dengan lori tapi jalan tu sangat sunyi dan memang tak ada orang lalu-lalang.
Setibanya kami di satu kawasan pokok selepas signboard rasanya dalam 2-3 KM – keadaan di luar jadi sangat sunyi macam seolah-olah burung dan apa-apa binatang pun tak ada di situ. Pokok-pokok pun macam berdiri tegak sahaja tak ada angin!
Tiba-tiba kereta Pakcik saya mati enjin! Masa tu dah makin senja mungkin dah dekat masuk waktu Maghrib. Pakcik saya keluar dan periksa enjin kereta – dan dia kata kami duduk sahaja dalam kereta jangan keluar.
Kami dah mula menggelabah duduk diam-diam dalam kereta. Tiba-tiba telefon kami terus hilang signal dan kalaulah apa-apa hal memang kami tak boleh nak telefon siapa-siapa pun untuk minta tolong!
Pakcik saya tengok enjin semua ok. Dia cuba start enjin berkali-kali tapi enjin masih tak boleh hidup. Tiba-tiba kami dengar macam ada bunyi ‘orang menjerit’ dari kawasan pokok-pokok itu – arah sebelah kanan! Saya dah mula cuak dan seram. Pakcik kata kita semua kena bertenang dan baca ayat Al Kursi pada siapa yang boleh hafal dan ingat, dan jangan sekali-kali keluar dari kereta.
Saya zoom-in kamera telefon ke arah bunyi tu – dan nampak seolah-olah ada macam pondok buruk (yang saya bulatkan merah tu) dan macam ada kelibat sedang berdiri di dalam pondok tu – sedang tepat memandang ke arah kereta kami.
Tiba-tiba kami terdengar pula bunyi ketuk-ketak dari arah sebelah kiri kereta kami – berdekatan pokok-pokok (yang saya bulatkan merah) – Ya Allah! Kami nampak ada kelibat macam ‘perempuan bunting’ berdarah-darah bajunya dan badan dia macam dipatah-patahkan ke arah belakang! Kami semua dah mula kelam-kabut nak menangis ketakutan.
Pakcik tenangkan kata jangan pandang ke arah mana-mana pun – tunduk sahaja baca ayat Al Kursi berulang-ulang selagi boleh. Pakcik cuba dan cuba lagi start enjin kereta sambil dia baca doa yang kami pun tak dengar apa yang dia baca.
Akhirnya phone saya berbunyi laungan azan Maghrib dari app dan serentak bunyi-bunyi tadi berhenti dan suasana di luar kereta balik macam biasa – ada bunyi angin, bunyi burung dan lain-lain, dan pokok-pokok pun balik macam biasa bergoyang-goyang.
Pakcik saya cuba start enjin sekali lagi dan terus ok. Pakcik kata kami batalkan niat nak naik ke atas lebih jauh Bukit Abu Merah. Kami kena patah balik cepat-cepat. Apa lagi Pakcik saya u-turn dan kami dalam kereta pun tak nak cakap apa-apa, berdiam diri sampailah ke kedai check-point kami mula-mula tadi.
Nota: Pokok yang saya bulatkan merah di bawah sekali ni ialah lubang yang ada di pokok berdekatan dengan kelibat perempuan tu – gambar ni yang ditangkap oleh anggota Seram Seekers lain yang pernah berani mati pergi dekat-dekat pokok itu.
Itulah kisahnya. Sekian, terima kasih.
Kami dah mula menggelabah duduk diam-diam dalam kereta. Tiba-tiba telefon kami terus hilang signal dan kalaulah apa-apa hal memang kami tak boleh nak telefon siapa-siapa pun untuk minta tolong!
Saya zoom-in kamera telefon ke arah bunyi tu – dan nampak seolah-olah ada macam pondok buruk (yang saya bulatkan merah tu) dan macam ada kelibat sedang berdiri di dalam pondok tu – sedang tepat memandang ke arah kereta kami.
Tiba-tiba kami terdengar pula bunyi ketuk-ketak dari arah sebelah kiri kereta kami – berdekatan pokok-pokok (yang saya bulatkan merah) – Ya Allah! Kami nampak ada kelibat macam ‘perempuan bunting’ berdarah-darah bajunya dan badan dia macam dipatah-patahkan ke arah belakang! Kami semua dah mula kelam-kabut nak menangis ketakutan.
Pakcik tenangkan kata jangan pandang ke arah mana-mana pun – tunduk sahaja baca ayat Al Kursi berulang-ulang selagi boleh. Pakcik cuba dan cuba lagi start enjin kereta sambil dia baca doa yang kami pun tak dengar apa yang dia baca.
Akhirnya phone saya berbunyi laungan azan Maghrib dari app dan serentak bunyi-bunyi tadi berhenti dan suasana di luar kereta balik macam biasa – ada bunyi angin, bunyi burung dan lain-lain, dan pokok-pokok pun balik macam biasa bergoyang-goyang.
Pakcik saya cuba start enjin sekali lagi dan terus ok. Pakcik kata kami batalkan niat nak naik ke atas lebih jauh Bukit Abu Merah. Kami kena patah balik cepat-cepat. Apa lagi Pakcik saya u-turn dan kami dalam kereta pun tak nak cakap apa-apa, berdiam diri sampailah ke kedai check-point kami mula-mula tadi.
Nota: Pokok yang saya bulatkan merah di bawah sekali ni ialah lubang yang ada di pokok berdekatan dengan kelibat perempuan tu – gambar ni yang ditangkap oleh anggota Seram Seekers lain yang pernah berani mati pergi dekat-dekat pokok itu.
Itulah kisahnya. Sekian, terima kasih.
Berikut ialah lokasi-lokasi berpuaka dimana ada orang hilang kebanyakannya remaja perempuan di kawasan berpaya ini yang pernah dilawati oleh ahli Seram Seekers.
Seramai 7 orang ahli kami yang diketuai oleh Ajami bersama ahli yang lain iaitu Syahrul, Black, Wan Dot C, Abang Labu, Shahril dan Ella telah melawati lokasi-lokasi berikut pada 28 Dec 2019.
jeti yang dikatakan pernah ada orang hilang
pokok besar yang dikatakan ramai orang hilang di sini
tempayan tempat penyembahan juga ada orang hilang di sini